Bulan Teknik dan Vokasional 2015

photo_2015-04-22_08-53-57

Bulan teknik dan vokasional 2015 akan berlangsung pada 20hb sehingga 30hb April 2015. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengetua Sekolah iaitu Tn. Hj. Abdul Taha Bin Hj. Abdul Jalil ketika majlis perhimpunan baru-baru ini. Tema sambutan pada tahun ini adalah “Pemacu Transformasi Modal Insan Berkualiti”.

 

Festival Filem Pendek “Esok Masih Ada”

1016329_10201264985282518_2042638569_nPengalaman berharga buat pelajar-pelajar SMK Bugaya yang mengikuti kursus Digital Story Telling 25 hingga 28 Jun 2013 di PKG Semporna. Semasa kursus tersebut, pelajar-pelajar didedahkan dengan teknik dan tips untuk menyunting filem pendek. Semasa kursus tersebut pelajar-pelajar di minta untuk menghasilkan filem pendek yang berdurasi tidak lebih dari 8 minit. Pelajar2 SMK Bugaya memang berbakat.. Mereka telah menghasilkan filem pendek yang berjudul “Esok Masih Ada”.. Filem pendek yang dihasilkan mendapat pujian dari pihak penganjur.. Antara pelajar yang terlibat adalah Mohd Shahrizan, Abdul Karim, Mohd Hafiz Hafzan, Mohd Shafiek, Khairul afiz, Siti Laibiah, Nor Sazwani, NurAisa dari kelas 4C.. Tahniah… Klik link ini untuk menonton video tersebut… Esok masih ada

Pertandingan Mencipta Blog Anjuran BTP Tawau

20130718-055452.jpg

SMK Bugaya muncul johan pertandingan mencipta blog sempena “Program Saya Sayang ICT” anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Tawau. Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 Mei 2013. SMK Bugaya telah menewaskan SMK Madai yang berjaya menduduki tempat kedua. SMK Bugaya telah diwakili oleh pelajar-pelajar ICT tingkatan 4 Cerdik iaitu Mohd Shahrizan, Abdul Karim dan Mohd Shafiek Shah. Diharap kejayaan ini akan menjadi perangsang untuk pelajar lain agar sentiasa menjulang nama sekolah walau dimana dan apa juga bentuk sumbangan. Tahniah!!!

By SMK Bugaya Semporna Sabah Posted in Pelajar

Keputusan Penuh SPM SMK Bugaya 2012

Peratus Kelulusan adalah 91.7%, GPS 6.24. Pelajar terbaik adalah Mohd Awie Bin Rani (1A+, 5A, 1A-, 1B+ & 1E) Nursyahirah Binti Sarail (3A, 4A-, 1C & 1D). Tahniah diucapkan..

Berikut adalah peratus kelulusan bagi setiap matapelajaran:
1. BAHASA MELAYU (91.7%)
2. BAHASA INGGERIS  (42.1%)
3. PENDIDIKAN ISLAM (80.4%)
4. PENDIDIKAN MORAL  (100%)
5. SEJARAH (90.1%)
6. MATEMATIK (90.9%)
7. SAINS (97.0%)
8. KESUSASTERAAN MELAYU (63.6%)
9. GEOGRAFI (97.5%)
10. PENDIDIKAN SENI VISUAL (100%)
11. MATEMATIK TAMBAHAN (55.5%)
12. PERDAGANGAN (68.9%)
13. PRINSIP AKAUN (94.7%)
14. EKONOMI ASAS (67.3%)
15. REKA CIPTA (100%)
16. ICT  (100%)
17. FIZIK (100%)
18. KIMIA (100%)
19. BIOLOGI (100%)
20. SAINS SUKAN (100%)
21. TASAWWUR ISLAM (100%)
22. EST (100%)
23. SENI REKA TANDA (100%)

Dikesempatan ini, ucapan tahniah juga buat mantan admin laman web sekolah iaitu Isyarah Abd Hussin & Nurul Suhadah Ab Suhud yang turut melakar pencapaian cemerlang dalam SPM 2012 yang masing-masing memperoleh 5A dan 4A.. Tahniah sekali lagi buat semua warga SMK Bugaya yang terlibat.

Keputusan Penuh STPM SMK Bugaya2012

561431_482201291809782_532734636_nPeratus kelulusan adalah 96.95%. Peratus kelulusan pada tahun 2012 telah mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2011. GPS sekolah adalah 2.29 mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan. Berikut adalah peratus kelulusan bagi setiap matapelajaran:
1. Sejarah = 98.56%
2. Geografi = 92.21%
3. Pengajian Am = 95.73%
4. Bahasa Melayu = 88.41%
5. Pengajian Perniagaan = 80.0%
6. Ekonomi = 70.37%
7. Seni Visual = 88.0%
8. Sains Sukan = 94.29%

Berikut pula adalah bilangan pelajar yang mendapat A dalam setiap matapelajaran:
1. Sejarah = 55 Orang memperolehi A dan 12 Orang memerolehi A-
2. Geografi = 3 Orang memperolehi A dan 4 Orang memerolehi A-
3. Pengajian Am = 6 Orang memperolehi A dan 9 Orang memerolehi A-
4. Pengajian Perniagaan =1 Orang memerolehi A-
5. Seni Visual = 1 Orang memperolehi A

Pelajar terbaik STPM 2012 ialah Nurzila Binti Azman (A, A, A- &  B) dan Nadiya Binti Delman (A, A, B+ & B+) PNGK 3.67.319005_526700854026492_919305358_nTahniah kepada semua tenaga pengajar Tingakatan Enam dan calon-calon STPM 2012 serta seluruh warga SMKBS.

By SMK Bugaya Semporna Sabah Posted in Pelajar

Etika Berpakaian Guru

ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BEKERJA
Secara amnya penampilan pegawai dan kakitangan sekolah  hendaklah kemas dan bersih serta mengambil kira batasan dan kesopanan masyarakat.

ETIKA PAKAIAN LELAKI
1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan 1 (iaitu kumpulan A dan B) dibenarkan untuk memakai lounge suit atau bush-jacket atau baju kemeja bertali leher dan berseluar panjang yang sesuai warnanya. Baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang dan lengan panjang hendaklah jangan dilipat lengannya.
1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan II (iaitu Kumpulan C dan D) dibenarkan memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai warnanya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang dan baju kemeja lengan panjang hendaklah jangan dilipat lengannya. Pegawai yang bertugas di kaunter dikehendaki memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai serta bertali leher.
1.3 Pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran agama Islam, kakitangan yang beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok (bukan jenis ketayap) atau baju Melayu yang seumpama bentuknya, berseluar panjang dan bersongkok. Baju Melayu yang dipadankan dengan kain sarong atau seumpamanya tidak dibenarkan.
1.4 Kasut hendaklah dari jenis kulit atau yang sejenis dengannya. Selipar,kasut sukan dan kasut getah tidak boleh dipakai semasa waktu bekerja.
1.5 Jeans, kemeja T sama ada berkolar atau tidak dan seluar pendek tidak dibenarkan dipakai semasa waktu bekerja.
1.6 Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Mewarna rambut dengan fesyen yang keterlaluan tidak dibenarkan.

ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN
2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.
2.2 Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.
2.3 Seluar panjang yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan hendaklah dipadankan dengan baju yang labuhnya melebihi paras punggung.
2.4 Skirt yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan labuhnya hendaklah melebihi paras lutut.
2.5 Jeans, baju T sama ada berkolar atau tidak, dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
2.6 Tudung kepala yang menutup sebahagian atau seluruh muka (berpurdah) tidak dibenarkan.
2.7 Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu pejabat.

BAJU BATIK
Semua kakitangan digalakkan memakai baju batik pada setiap hari Khamis.

PAKAIAN SERAGAM
Kakitangan yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah memakainya secara lengkap semasa waktu bekerja.

PENGECUALIAN
Bagi kakitangan yang tugasnya termasuk di luar pejabat, pengecualian tertentu daripada peraturan-peraturan di atas adalah dibenarkan.

Sambutan Bulan Kemerdekan Peringkat Sekolah

This slideshow requires JavaScript.


Gambar-gambar aktiviti sambutan bulan kemerdekaan anjuran bidang kemanusiaan SMK Bugaya. Gambar adalah ihsan dari Ustz Fadzli Abu Hanifah, terima kasih ustz… Terima kasih jgk buat semua pelajar dan guru yang telah sama-sama menjayakan program ini. Tahniah dan salam kemerdekaan buat semua.. Merdeka!!

By SMK Bugaya Semporna Sabah Posted in Guru, Pelajar

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

ImageTahniah kepada guru-guru dan ktbm yang telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2011. Seramai 9 Orang Guru dan seorang ktbm telah diberikan anugerah ini. Semoga anugerah ini akan menjadi perangsang untuk anda lebih tabah dan cekal dalam menabur bakti kepada anak-anak didik SMK Bugaya. Tahniah!!

By SMK Bugaya Semporna Sabah Posted in Guru