Siapakah Juara Wimbledon 2012 Pilihan Anda??

Image

Tennis wimbledon 2012 sudah memasuki fasa pusingan ke empat dan persaingan merebut gelaran juga semakin sengit. Siapakah juara pilihan anda? mungkin penyokong Rafael Nadal agak kecewa dengan tersingkirnya pemain yang popular dengan jolokan “king of the clay” itu pada saingan pusingan kedua kepada pemain kurang ternama dari Republic Chech Lukas Rasol. Lukas Rasol yang berada pada ranking 100 dunia menunjukkan jalan pulang kepada pemain kelahiran spanyol itu setelah bertarung selama 3 jam 34 minit.

Dengan tersingkirnya Nadal, peluang agak terbuka kepada Andy Murray (4) untuk layak dengan mudah ke Final yang dijadualkan pada 8 Julai nanti. Namun Andy Murray bukanlah pilihan admin untuk merangkul kejuaraan tennis tertua didunia ini. Pada pengamatan admin peluang lebih terbuka kepada pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dari Serbia. Novak Djokovic bukan sahaja turun dengan misi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun lepas ini, malahan ini adalah peluang keemasan baginya untuk menambah koleksi Grand Slamnya degan ketiadaan Rafael Nadal.

Peluang juga tampak terhidang kepada pemegang rekod grand slam terbanyak Roger Federer dari Switzerland. Memiliki gelaran slam sebanyak 16 kali, beliau berpeluang untuk menambah koleksi itu kepada 17 sekiranya berjaya menewaskan Novak Djokovic pada saingan separuh akhir. Roger Federer juga boleh menamatkan kemarau gelaran Grand Slamnya sejak Australian Open pada tahun 2010 sekiranya membawa balik gelaran ini.

Saingan pemain wanita juga tidak kurang hebatnya. Petra Kvitova juara tahun lepas diramal mengalamai laluan sukar kerana terpaksa berhadapan dengan Serena Williams pada peringkat suku akhir dan kemungkinan besar akan bertemu Juara Australian Open 2012 Victoria Azarenka pada peringkat separuh akhir. Namun juara wimbledon 2012 kategori wanita pada pengamatan admin lebih terbuka kepada Finalis Australian Open dan Juara French Open 2012 iaitu Maria Sharapova. Maria Sharapova yang turun sebagai pemain pilihan pertama dijadualkan akan bertemu Kim Clijsters pada saingan suku akhir. Kim Clijsters pemain dari belgium dilihat sebagai halangan besar kepada ratu tenis dari russia itu.

Walau bagaimanapun ini hanyalah ramalan admin. Anda bagaimana?

By SMK Bugaya Semporna Sabah Posted in Dunia, Sukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s