1 Murid 1 Sukan

Image

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid
yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama,
bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
(SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan
ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan
memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif
agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan
gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati
manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring
dengan keperluan akademik.

By SMK Bugaya Semporna Sabah Posted in Sukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s