Perutusan Admin

Seuntai Mutiara, Secebis Bicara..

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta izinNya laman web sekolah dapat dihasilkan buat tatapan warga SMK Bugaya Semporna. Kami percaya  seluruh warga SMK Bugaya pastinya tertunggu-tunggu akan kemunculan laman web ini. Kami sedar tugas sebagai seorang Admin amatlah berat untuk digalas, tetapi oleh sebab amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah, maka kami jalankan tanggungjawab kami dengan penuh dedikasi sepanjang proses pembinaan laman web ini. Bagi kami untuk merancang sesuatu memanglah mudah, tetapi untuk merealisasikannya sesungguhnya menuntut kesabaran, ketabahan dan komitmen yang tinggi dari semua pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada penasihat laman web ini iaitu Cikgu Mohd Asmail Bin Jaani dan juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha membangunkan laman web ini. Kami mewakili AJK Laman Web menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya jika terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan dalam laman web ini. Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada kelemahan kami sendiri.

Akhirulkalam, ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan proses pembangunan laman web ini .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s