Perutusan Guru Penasihat

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabadikan kata alu-aluan dalam laman web yang baru ditubuhkan ini. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman ini.

Laman web ini sangat berguna untuk dijadikan bahan rujukan oleh mana-mana pihak kerana laman ini sarat dengan maklumat tentang sekolah.  Saya percaya komuniti sekolah ini ialah warga yang positif, dapat menerima perubahan, dan sentiasa berusaha mengangkat martabat pendidikan sesuai dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Harapan saya agar kita semua bersungguh- sungguh memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar agar fungsi sekolah sebagai institusi pendidikan dapat mencapai matlamatnya. Saya yakin kita semua warga sekolah akan dapat meneruskan usaha membawa sekolah ini ke mercu kejayaan.

Akhir kata, kepada admin laman web ini (isyarah & syuhadah) selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik, jujur dan penuh integriti demi kepentingan seluruh warga sekolah. Semoga Allah sentiasa melimpahkan petunjuk dan kekuatan agar kita semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, Amin.

Sekian, terima kasih.

Mohd Asmail B. Hj. Jaani

Penasihat

Laman Web Sekolah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s