Perutusan Pengetua

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Tahniah dan syabas kepada tenaga kerja laman web sekolah kerana berjaya membangunkan laman ini buat julung kalinya. Berkat kesungguhan dan kerja keras guru penasihat dan ahli jawatankuasa akhirnya laman ini dapat dibangunkan untuk tatapan semua.

Sedia maklum bahawa objektif pembangunan laman ini merupakan wadah dokumentasi penting malahan satu-satunya bahan yang boleh dijadikan sumber rujukan mana-mana pihak. Menerusi kesempatan ini saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja laman ini. Komitmen guru-guru, para pelajar, staf sokongan, dan ibu bapa serta seluruh masyarakat sekitar telah meletakkan sekolah ini sebagai salah satu institusi pendidikan yang dikenali masyarakat.

Justeru itu, untuk mencapai matlamat sebagaimana yang terkandung dalam misi dan visi sekolah, pelbagai program telah dilaksanakan khususnya yang menjurus kepada pembentukan dan penyuburan intelek, rohani, emosi, dan jasmani para pelajar sekolah ini selaras dengan wawasan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Akhir kata, saya berharap agar Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya, agar dapat meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga seluruh warga SMK Bugaya akan terus mengorak langkah dengan penuh yakin dan berani untuk menjadikan SMK Bugaya sebagai salah sebuah sekolah harian yang terbilang di samping terus menonjolkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar bagi melahirkan modal insan yang cemerlang untuk negara.

TN HJ. ABDUL TAHA BIN HJ. ABDUL JALIL

Pengetua, SMK Bugaya Semporna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s