Sejarah Sekolah

SMK Bugaya telah dibuka pada 5 Januari 1979 untuk menampung bilangan pelajar sekolah menengah yang semakin bertambah di daerah Semporna. Semasa pembukaannya, sekolah ini hanya menumpang di dua buah sekolah rendah iaitu SRJK Nyuk Hwa (5 buah kelas) dan SRK Bugaya (2 buah kelas). Pusat pentadbiran sekolah ini ketika itu diletakkan di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna. Pengetua pertama berkhidmat di sekolah ini ialah En. Mohd. Salleh Hj. Abd. Wahab dengan dibantu 8 orang tenaga pengajar. Oleh kerana bilangan pelajar semakin bertambah, menjelang bulan Februari 1981, sekolah ini membuka satu lagi cawanganya di SRK Pekan Semporna dengan membuka dua buah kelas.

Buat pertama kalinya, seramai 200 orang calon sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1981 dengan peratus kelulusan hanyalah 29%. Pada tahun 1982, sekolah ini dengan rasminya menggunakan bangunan nya sendiri yang terletak di Kampung Bugaya, Semporna dalam kawasan seluas 16 ekar. Pada tahun tersebut, seramai 151 orang calon menduduki peperiksaan SRP dengan peratus kelulusan sebanyak 70.9%.

Pada 16 April 1985, bangunan SMK Bugaya telah dirasmikan pembukaannya oleh En. Anuar Ibrahim, Menteri Pertanian Malaysia ketika itu. Pada 4 Januari 1988, SMK Bugaya telah dibenarkan untuk membuka kelas tingkatan 4 sebanyak empat buah kelas. Pertambahan bilangan pelajar yang semakin bertambah di sekolah ini mendorong pembinaan projek kilat yang mengandungi lapan buah kelas dan sebuah bilik guru.

Pada tahun 1997, sebuah bangunan konkrit 3 tingkat diserahkan kepada pihak SMK Bugaya apabila Sekolah Menengah Agama Tawau, Semporna berpindah ke sekolah baru mereka yang terletak di Kampung Tampi – Tampi. Dalam tahun tersebut juga, 2 buah bangunan konkrit iaitu bangunan Asrama Putera dan bangunan pentadbiran SMK Bugaya telah diarahkan untuk dirobohkan setelah pihal jabatan mendapati bangunan tersebut retak dan tidak selamat lagi diduduki. Pada tahun 1997, pembinaan semula bangunan tersebut telah dimulakan dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1999. Sebuah Dewan Mini juga telah dibina pada tahun 1998 untuk kegunaan warga SMKBS. SMK Bugaya juga telah mengalami pembaikpulihan bangunan dan infrastrukturnya secara besar-besaran mulai tahun 2009 dan selesai sepenuhnya pada akhir tahun 2010.

Dalam bidang kurikulum, sekolah ini telah menunjukkan prestasi pencapaian yang baik dari segi kuantiti dan kualiti. Pertambahan bilangan guru yang semakin ramai memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sekolah ini juga berjaya melahirkan ramai pelajar yang layak memasuki aliran sains dan tingkatan 6 rendah di sekolah – sekolah lain. Pencapaian yang baik dalam bidang akademik mendorong pihak pentadbiran sekolah memohon agar pihak Jabatan Pendidikan Sabah meluluskan penubuhan tingkatan 4 sains dan tingkatan 6 di sekolah ini. Hasilnya, penghujung tahun 1999, pihak Jabatan Pendidikan Sabah telah meluluskan penubuhan kelas tingkatan 4 sains dan 6 rendah di sekolah ini pada tahun 2000.

Bidang ko–kurikulum juga menyaksikan sekolah ini telah menempah sejarah apabila muncul johan dalam Kejohanan Olahraga MSSDS pada tahun 1992 dan 1993. Pada tahun – tahun berikutnya SMK Bugaya sentiasa memberi cabaran untuk mendapat tempat terbaik dalam setiap kejohanan sukan sama ada peringkat daerah dan bahagian. Sekolah ini juga berjaya melahirkan atlit yang berjaya sehingga ke peringkat mewakili negeri Sabah dalam kejohanan olahraga MSSM. Antara atlit sekolah ini yang cemerlang mewakili negeri Sabah ialah saudara Hamdan Ahmad (1993), saudara Robel (1996) dan saudara Sopian Alapau (1997/1998). Dalam aktiviti persatuan (unit beruniform), sekolah ini juga menunjukkan kecemerlangan apabila seorang pelajar sekolah ini iaitu adik Emiliana Saripuddin (1999) terpilih mewakili Persatuan Kadet Bomba Sabah untuk mengikuti kursus Kadet Bomba di Kuala Lumpur.

Terkini, SMK. Bugaya  telah  terpahat dalam lipatan sejarah pendidikan daerah Semporna bilamana pasukan Robotik SMK.Bugaya memenangi pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan di Terangganu pada tahun 2007. Seterusnya mewakili Malaysia ke pertandingan Robotik di Taiwan pada tahun berikutnya. Sehubungan dengan kejayaan itu, banyak lagi kejayaan yang dilakar oleh Ko-Kurikulum sekolah antaranya Pasukan Kebudayaan memenangi Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Negeri Sabah pada tahun 2008 dan bertanding peringkat Kebangsaan di Sarawak tahun yang sama. Kejayaan ini berterusan pada tahun 2009 apabila pasukan ini mendapat  Johan dalam pertandingan Puisi dan Lagu peingkat Negeri.

Sejak penubuhannya, sekolah ini telah diterajui oleh 7 orang pengetua iaitu:

1979 – 1980             En. Salleh bin Wahab

1980 – 1981              Tn. Hj. Abd. Taha b. Hj. Abd. Jalil

1982 – 1988              En. Hassan bin Tawil

1989 – 1995              En. Ismail bin Talib

1995 – 2002             En. Kotley bin Hj. Lasnah

2002 – 2005            En Romli bin Darus

2005 – 2006            En. Abu Hassan bin Awang Baba

2006  – 2008            Pn. Norsia binti Barne

2008 –  Kini               Tn. Hj. Abd. Taha b. Hj. Abd. Jalil

PIBG SMK Bugaya, Semporna:

1979 – 1982              Tuan Haji Mohd Dara Bin Langpad

1982 – 1995              Tuan Haji Asakil Bin Munnung

1995 –  2012              Tuan Haji Mohammad Bin Samaluddin

7 comments on “Sejarah Sekolah

  1. Yb tuan haji mohd dara bin langpad ketika itu telah menyerah kan tanah nya kpada kerajaan untuk mendirikan sebuah sekolah d kampung bugaya iaitu smk bugaya . Sepatut nya sekolah ini di namakan sempena nama beliau untuk mengenang jasa baik beliau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s