PROGRAM ABC “Dialog Prestasi”

Pada 23 Mac 2023 SMK Bugaya telah mengadakan Dialog Prestasi bersama ibubapa menyentuh isu berkaitan masalah kehadiran. Ibubapa dan murid diminta mengutarakan sebab ketidakhadiran murid beserta solusi mengatasinya.

Tuan pengetua mempengerusikan dialog prestasi ini dengan pembentangan ketidakhadiran murid dan solusi yang akan dilaksanakan bagi membantu masalah kehadiran murid. Diharapkan masalah kehadiran akan dapat diatasi dan objektif utama penganjuran dialog prestasi dengan menghimpunkan murid, ibubapa, guru kelas dan pentadbir ini dapat tercapai.

PELANCARAN IHYA RAMADAN

Pelancaran Ihya Ramadan yang dikelola oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Bugaya, Semporna, Sabah. Menghidupkan bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan. Aktiviti seperti Bacaan Al-Quran, Daie muda, Ceramah Ramadan, Derma Ikhlas, dan Kuiz.

Image

Laungan Let’s Fly Higher Minggu Pertama Persekolahan sesi 2023/2024

Hari pertama pembukaan sekolah bagi sesi 2023/2024 dengan laungan semangat bagi SMK Bugaya, Semporna, Sabah iaitu “Let’s Fly Higher” bersama Tuan Pengetua, Barisan Pentadbir, YDP PIBG baharu, semua guru pagi dan semua murid pagi.

Slogan ini dikumandangkan adalah untuk memberikan suntikan motivasi dan sentuasa mengingatkan murid bahawa “kami” guru dan ibu bapa (PIBG) akan sentiasa menjadi sayap untuk murid terus terbang tinggi. Terbang tinggi sehingga impian dan mimpi dapat dikecapi. Semoga sesi persekolahan baharu yang di buka dengan aura positif akan berjalan dan berakhir secara positif